Apa khabar iman kita hari ini...? baikkah..? Sakitkah...? Demamkah..?
Okeh.. kalau Baik tu Alhamdulillah... kalau hidup tanpa iman ibarat bernyawa tapi lesu..
oppsss!!! ( tutup mulut ) terlupa.. baca Bismillah... ( tepuk dahi dan terduduk )...
"Bismillahirrahmanirahim"
Di mulakan dengan Bismillah..di sudahi dengan Alhamdulillah... hihi.. tiba - tiba teringat lagu nasyid ni.. tapi apa yang saya nak tulis ni sebenarnya takde kena mengena pun dengan lagu nasyid tu.. hummm.. seyesli , saya nak sambung entry semalam sebenarnya , tetapi memandangkan esaimen terlalu banyak nak di siapkan so kekurangan pula idea - idea untuk menyambung entry kelmarin.. Maap - maap.. =.='
Mula - mula memang ingat nak tulis secara formal entry di belog saya ni , tapi fikir - fikir semula macam terlalu skema lah pulak kan.. hummm.. jentik - jentik jari kat dagu... tak kesah la nak tulis macamana pun asalkan ianya berpengisian yang baik dan bermanfaat..( syok sendiri ) . Sebenarnya tengah 'blur' mencari bahan - bahan untuk esaimen beta , so bagi mengelakkan beta bertambah 'stress' sebab tu lah beta tulis entry jugak malam ni . lekluh...!! hihi...
Kata Imam As Syafie :
okeh.. dah nama pun pelajar kan , tak kesah la setinggi mana pun tempat kita belajar tu ( beta rendah je.. stakat 161.4cm je , bangunan kampus tu yang tinggi....) memang kadang - kadang ada masanya kita merasa lelah juga.. sedangkan budak - budak sekolah sendiri pun selalu je merungut bila dapat 'homework' , ni kan pula jika belajar di peringkat yang tinggi ( tinggi la sangat... :P ) dengan esaimennya , dengan folionya , dengan thesisnya , dengan group project nya , dengan test nya , dengan kuiz nya... kalau ikutkan diri kita yang maha pemalas ni , memang boleh keluar muntah hijau di buatnya . Tapi jika kita baca semula pesanan dari Imam As Syafie tadi , otomatik terasa kan..? ( bek korang yang terasa malas nak buat homework atau esaimen tu tampar pipi korang cepat.. hahah.. )
Teringat waktu saya di zaman belajar di pasti dolu - dolu , bila ada je 'homework' kena bawa balik rumah , mula - mula rajin je tulis lebih - lebih lagi kalau bab mewarna , punya lah suka.. bukan setakat lukisan tu je yang beta warnakan , malah siap buat lukisan abstrak lagi kat sarung kusyen.. =D . Bila kena bab menulis pula , bila tangan dah kejang je mula la buat muka seposen aka 'duckface' bak kata orang sekarang minta simpati dari ibu dan abah supaya tolong siapkan . ( mentang - mentang lah ibu ko pensyarah , abah ko pengetua sekolah kan.. berlagak betul . huhhh!! babab kang!! ) . Pastu pura - pura mengantuk padahal mata dok cari peluang je nak jeling - jeling tengok tv.. hahah.. korang pernah ke buat macamtu..? Haa???? Tak pernah??? okeh... -.-' korang memang kanak - kanak yang baik lagi tidak 'hyperactive'... Gurau :p
Tapi bila dah semakin besar dan meningkat usia ni , kena lah buat sendiri walaupun mengalir airmata darah sekali pun , jangan harap nak dapat simpati macam zaman kanak - kanak dolu . Itu lah di namakan usaha dan tidak mudah berputus asa . Sebenarnya kita boleh je nak berjaya , tetapi sifat yang maha pemalas tu sebenarnya yang menghalang kita untuk berusaha dengan lebih . Ke salah ? Macamana tak jadi penghalang , dah kita sendiri yang jadi 'BFF' kepada sifat pemalas tu..dah tentu lah kita pun jadi pemalas yang teramat sesangat jadinya . ( termasuk tuan punya belog ni ) . so.. jom kita 'unfriend dan block' dengan sifat 'pemalas' tu.. buang jauh - jauh..
Firman ALLAH SWT ,
"Dan misal - misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia dan hanya orang - orang yang berilmu yang dapat memahaminya ."
~Al - 'Ankabuut : 29 : 43 ~
Betapa pentinganya ilmu tu kan..? kalau tanpa ilmu macamanalah kita nak berjaya . Sedangkan Islam sendiri menganjurkan dan menghendaki umatnya agar berjaya dan capai kejayaan . 'Haiya Alaa Fallah' . Setiap hari Bilal masjid atau surau mengajak dan melaungkan kalimah tu supaya umat Islam sentiasa menuju kejayaan . So nak kan kejayaan kenalah berusaha dan berusaha ke arah itu . Bukan mengharap kan dia datang bergolek macam menunggu buah durian jatuh . ( durian crep pon kena beli jugak tau.. tak pon masak . ) .
Sabda Rasulullah SAW ,
"Orang yang berupaya tidak akan memperoleh hasil seperti keutamaan ilmu yang akan membawanya ke jalan hidayah atau mencegahnya dari tergelincir dan orang yang tidak lurus agamanya sebelum lurus akal fikirannya . "
~Hadis Riwayat - At - Thabarani ~
Teringat akan pesanan seorang pendakwah tu , ' nak jadi arkitek , nak jadi manager , nak jadi businesswomen , nak jadi dokter , jadi lah apa pun nak jadi asalkan ada ilmu Agama' . Nampak ? Pentingnya ilmu Agama tu tau , sebab tu lah kita yang ber 'Mykad' status Muslim ni kena lah lebihkan mencari ilmu Agama . Berapa ramai dari kita yang berjaya dengan ilmu - ilmu dunia tetapi kurang pengetahuan agamanya ? Berapa ramai dari kita yang mampu memiliki PhD , Master , tetapi mengaji Al Quran terangkak - rangkak ? Berapa ramai antara kita yang fasih berbahasa English tetapi baca Quran tajwid lintang pukang malah tergolek ? kesudahannya dari ohh My English adalah lebih baik kita tukar pula ke 'Ohh My Tajwid' .
Tu baru bab mengaji Al Quran tu , belum lagi bab - bab fardu Ain yang lain , belum lagi bab Figh , kesudahannya terkantoi - kantoi je bila kena baca depan pak imam aka tok kadi kan..? Lepastu siap kena soal dengan Tok kadi tu : 'rukun solat ada berapa..? . jawab dengan muka konfiden lagi control macho : ada 23 ustaz ." . memang sah - sah kena pelempang dengan bakal bapak mertua la centu kan ? takut nanti pengantin perempuan gelak guling - guling je masa tu.. kan lagi haru... Oh My Imam lah macamtu... hihi..
Okeh dah jauh sangat beta mengarut ni nampaknya.. hihi =D .
Rasanya cukuplah takat ni je saya mengarut , sebab nak sambung buat esaimen yang terhenti tadi sebab yang di sengajakan . Hahah =D . Mana yang baik tu datangnya dari ALLAH SWT , yang mengarut tu diri saya . Huhu..
SO kesimpulannya , jangan lah add friend dengan sifat 'malas' ye... topup la kerajinan setiap hari , tak rugi pun jadi rajin belajar ilmu Agama ni . Asal jangan rajin belajar yang bukan - bukan sudah . ( tampa kang!! ) .
Adios Amigos , beta nak berambus dah ni.. sebelum tu nah sebuah hadis lagi untuk renungan di belog beta ni .
"Barangsiapa menempuh perjalanan untuk memperolehi ilmu , ALLAH SWT akan memudahkan jalan baginya menuju ke syurga ."
~Hadis Riwayat - Muslim~
Dari itu janganlah malas - malas nak mencari ilmu ye..
dan jangan ponteng - ponteng kuliah tau.... hihi.. ( gelak tutup mulut ) .
dan jangan ponteng - ponteng kuliah tau.... hihi.. ( gelak tutup mulut ) .
Tata...!! lambai - lambai tangan...!!
untuk kakak - kakak dan kaum hawa sahaja --> buat ciuman terbang..!!
( flying kiss )
Sekian...






No comments:
Post a Comment