Sunday, 2 June 2013

Heroin yang hot....?


"Bismillahirrahmanirahim"

Hai..! lambai - lambai tangan.. kita jumpa lagi.. dalam blog yang ntah apa - apa ni kan.. hihi.. baik , tajuk yang pelik dan lagi pelik entry nya ( agaknya lah , sambil ketuk - ketuk jari terlunjuk kat dagu ) . Tetapi sebelum pembaca meneruskan bacaan di entry ni , ada baiknya pembaca sediakan tisu ke , mangkuk takungan ke dan bersedia untuk mengadap sesuatu yang memualkan lagi memuntahkan . Dan semuanya adalah atas tanggungjawab pembaca sendiri jika terdapat gangguan kesawanan tahap kritikal dan membuat pembaca berlari sambil menarik - narik rambut sendiri . Saya tidak akan bertanggungjawab ye . Hihi.. mengarut sudah =D



Hot..???? Panas..??? Hot Stuff..?? errr... perlu ke... -.-' 

okeh.. hot aka panas bukan lah asing sekarang ni.. ramai je yang berlumba - lumba nak menjadi hot kan terutama di halaman muka buku . ( terasa sindir diri sendiri ni =.=' ) . Saya teringat kata - kata nasihat dari seorang kakak , " tak perlu rasanya menjadi 'hot' yang akhirnya menyusahkan diri sendiri . " . Hot yang menyusahkan diri sendiri..??? Hot yang macamana tu ye? okeh , sebenarnya maksud kakak tu lebih kurang macamni , tak perlu lah nak menjadi seseorang yang "hot" sampai mendedahkan Aurat semata - mata mahukan perhatian kaum Adam terutama di laman sosial . Kaum Adam ni jangankan di laman sosial , di mana - mana pun dorang tetap suka tengok sesuatu yang "hot" ni walaupun kat sebelahnya tu dah ada "wife yang Hot" , tapi matanya pantang juga kalau sekali tak pandang yang lain . Betulkan...? salah?? okeh.. bagus.. anda lelaki idaman wanita muslimah . agaknya lah . 




Macamana pula dikatakan "Hot yang akan menyusahkan diri sendiri" tu yer? . Okeh , yang menjadikan susah kepada diri sendiri tu sebenarnya banyak faktor , tetapi apa yang saya nak taipkan di entry ni ialah dengan mendedahkan aurat , menayangkan gambar - gambar yang comel - comel lagi melelehkan airliur kaum Adam . Perlu ke..? Tak perlu kot.. cukuplah akak - akak melelehkan air liur suami sahaja di rumah kan ? . Sebenarnya kita sebagai kaum Hawa yang di ciptakan oleh ALLAH SWT sebagai peneman kaum Adam di atas dunia ni dah cukup - cukup HOT dah . So tak payahlah nak dedah - dedah Aurat semata - mata nak dapatkan perhatian dorang ni . Sedangkan gambar katun ( cartoon ) yang kiut - kiut tu pon kekadang ada juga kaum Adam yang terngigau , ni kan pulak "live show" . Tergolek atuk - atuk dan pakchik - pakchik di buatnya kan? ^_^ hihi...


Hot di dunia ni kerana mendedahkan Aurat , di takuti akan hot juga di akhirat sana kerana hangit lagi rentung di bakar oleh api neraka yang menyala - nyala . kita kat dapur pon dah terloncat dan melatah - latah di buatnya bila terkena percikan minyak sewaktu mengoreng ikan . Bayangkan pulak kalau kita di panggang atau di bakar sampai rentung lagi hangit di neraka kelak . Allahumma Ajimna Minannar.!

Lagi satu , rasanya lah , muka kita ataupun wajah kita ni bukannya buku mewarna , perlu ke kita warna warnikan wajah kita yang dah memang ayu lagikan hensem ni..? tak perlu kan.. kalau nak juga biarlah untuk suami je.. tapi kalau yang bujang macam saya ni pulak ? lagi lah tak perlu.. sebab semua ciptaan ALLAH SWT dah cukup - cukup cantik serta sempurna dah . Kenapa perlu kita memandai - mandai nak mengubahnya . 

Bukankah kita wanita muslimah? so wanita muslimah sememangnya kiut tanpa semua - semua tu . 

Apa kata kita ubah bermula dari hari ni . dari ZeroIn kepada HeroIn . ALLAH pun suka . ^__^Y .


Berpakaian pula biarlah cukup sukatan kainnya , tidak singkat dan melekat , tidak jarang dan membayang.. sebab kita ni macam ada seorang ustaz tu kata : " perempuan ni atas , bawah , luar , dalam , depan , belakang sememangnya Seksi ". Tak perlu nampak penampilan kita , nampak bayang - bayang kita je pun tak pasal - pasal ada kaum Adam yang terlanggar tiang letrik . hihi.. 

Tapi kita tak boleh juga menyalahkan kaum Adam bulat - bulat , mereka ni memang suka menggoda dan mudah tergoda . Tapi lagi salah kita yang menggoda ke"Imanan" mereka sebenarnya . Pastu bila ada kaum hawa yang menjadi mangsa , salahkan pula kaum Adam . Padahal sendiri yang mencari penyakit tak pulak kita sedar . Tu la yang dinamakan "Hot yang akan menyusahkan" .


Mesti ada kakak - kakak Muslimah yang berkata dalam hati : " macam bagus - bagus je budak ni " . okeh.. saya minta maaf ye.. bukan niat nak menyakiti atau menyinggung hati sesama hawa . Sekadar berkongsi apa yang terfikir di minda ni saja . Selain tu saya mahu memberi Amaran kepada diri saya sendiri dan menasihati diri saya sebenarnya . Sebab saya ni cuma menumpang je kat atas bumi ni . Bumi ni kan MILIK ALLAH SWT .

Wahai kakak - kakak Muslimah ! Sesungguhnya Muslimah yang hakiki itu bukan sahaja bersih dari sifat - sifat yang keji , akan tetapi dia juga selalu menghiasi dirinya dengan sifat - sifat terpuji iaitu selalu memberikan nasihat kepada saudaranya sesama Muslimah untuk berpegang teguh kepada jalan yang benar . Juga menerima nasihat dari Muslimah yang lain selagi inti pati isinya ke arah kebaikkan yang di Redhai oleh ALLAH SWT . Setuju? angkat tangan macam saya! . ^_^Y 


Sabda Rasulullah SAW :
"Agama itu ialah nasihat ." maka para sahabat bertanya ; "Bagi siapa? ." Rasulullah SAW menjawab : "Bagi ALLAH , bagi kitab - kitabNya , bagi RasulNya , bagi pemerintah Muslim , pemimpin Muslim , ulama' Islam dan bagi sesama Muslim ." Hadis Riwayat - Al Bukhari dan Muslim .

"Aku terbai'ah dengan Rasulullah SAW untuk menegakkan Solat , mengeluarkan Zakat dan memberikan nasihat kepada tiap - tiap Muslimin ."
Hadis Riwayat - Muttafaq Alaihi .

~sekian~
~ampun maaf kalau ada tersilap bicara~


~JANGAN MARAH - MARAH YE...HIHI..~

No comments:

Post a Comment