~Bismillahirrahmanirahim~
Hai..jumpa lagi buat hari ini.. tak tahu kenapa terasa nak tulis entry lagi hari ni.. dah macam diari lah pulak.. padahal kalau di fesebuk peribadi setiap hari hapdet tak kurang dari 10 post rasanya . Malah kadang - kadang lebih dari 20 hapdet post . Huummm.. garu - garu tudung jap . Tak gatal tapi saje je tangan ni nak garu . Tabiat kot . Ntah lah . Tapi hari ni memang terasa mood hilang entah kemana . Rasa rimas , rimas dan teramat rimas tahap ke pelangi sudah . Rimas tahu .! Rimaslah!!! -.-' ppffttt..
Pertama yang membuatkan saya rimas ni bukan cuaca yang panas , dan Alhamdulillah Allah swt turunkan hujan . Tetapi ! rimas dengan sikap sesetengah manusia di laman sosial aka fesebuk ni , antaranya penyebab ialah asal yang post tu perempuan aka hawa je mula lah , nak berkenalan lah , mula - mula je tu , pastu dah mula lah keluar ayat jiwang tahap memualkan tekak . Huhhhh.. kalau tak layan di katakan pula sombong , pastu mulalah letak title kat perempuan tu "less" lah , kalau di layan di katakan gedik , murah "less" jugak . Siyes lah kan . Memang memualkan lagi tahap mahu memuntahkan warna ijau dah rasanya . # sambil pegang tekak .
Ke dua yang membuatkan semakin tidak dapat menahan kemualan ni ialah bila tibe - tibe je , tibe - tibe okeh , macam "tingg!!" ala magis cengituh , nak masuk meminang . Hadehailahai... Baru je sekali tegur tu kat mesej dah cakap cengituh . Bukan salah , tak salah pon , tapi agak - agak lah kan , anda kenal ke perempuan tu siapa ? tahu ke latar belakangnya ? tahu ke siapa keluarganya ? Asal tengok gambar profilnya cun lagi macho je mula lah nak menyusun ayat jiwang tahap memuntahkan pelangi . Uuweeekkkk...!!! #kan dah muntah .
Agak - agak la bro.... persoalannya , kenapa terlalu murah sangat rasa cinta dan hati perasaan tu sehingga sewenangnya serah kan centuh je kat mana - mana perempuan ? . Agak - agak saya ni perempuan yang ke berapa ratus sudah anda buat cengituh ya..? . Saya pun ada hati dan perasaan juga kot , sebab saya juga manusia biasa , tetapi untuk menerima keadaan yang cengituh terasa nak terkeluar perkataan ni , " ehh.. murahnya aku ni siyot.. cam anak ayam je lah pulak.. kalau ikan kat pasar pun orang pilih jugak mana yang segar ."
# krik krik krik..'bunyi cengkerik .'
# krik krik krik..'bunyi cengkerik .'
Apakah yang menjadikan diri kita serapuh dan serendah itu ye..? . Antara penyebab yang bermain di fikiran saya tatkala menghadapi situasi memualkan tahap akan memuntahkan pelangi tu ialah agaknya korang ni terasa sunyi kot . LoL.. kemon lah.. ke korang ni takda keyakinan diri sebenarnya , kat luar sana kan lagi ramai perempuan yang depan mata korang nampak canne setiap hari kan.. so kenapa tak pilih dorang je? . Takut ? Kecut ? atau kenapa ? kenapa? .
#sambil pegang kepala sepenuh emosi bertanya .
#sambil pegang kepala sepenuh emosi bertanya .
Rasanya perempuan tu semua sama , di jadikan dengan kulit dan jiwa yang halus lagi penyayang , tak kesahlah anak negro sekali pun kan... hape? nak yang solehah ? ingat semua yang ada di fesebuk ni semuanya solehah ke inchek abang wehh...?? nak yang solehah senang je , soleh kan dulu diri anda , pasti akan dapat si solehah . Yakinlah pada janji Allah swt , "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik , lelaki yang baik untuk perempuan yang baik ." Apa yang penting ialah anda sebagai seorang pemimpin kepada kaum hawa sebenarnya duhai kaum adam , anda yang patut memmimpin mereka , bukannya mereka yang selayaknya membimbing anda . Sebab itu anda di sarankan mensolehkan diri anda terlebih dahulu .Supaya anda dapat membimbing perempuan yang mendampingi anda kelak menjadi insan solehah aka bidadari anda di syurga kelak . Tak nak ke ?
# tak nak sudah ! huhh!! hempas laptop! .
# tak nak sudah ! huhh!! hempas laptop! .
Nak bidadari tetapi solat 5 waktu tak terjaga , macamana nak jaga anak dara orang ye inchek abang..? Nak isteri yang cun lagi macho tetapi perangai tuan - tuan sendiri tidak kiut lagi ohsem canne nak dapat isteri yang tengok je wajah dia pasti teringat nak balik rumah je . Isshh.. ngarut sudah . Cubalah jaga hati baik - baik ye , sebab hati tu lah tempat jatuhnya pandangan Allah swt .
Hati juga tempat sasaran syaitan dan iblis untuk menyesatkan dan menjahanamkan manusia . Sebab tu perlu dan kena jaga hati kita ni betul - betul dan sebaik mungkin .
Antara bisikan - bisikan awal syaitan ialah memperlihatkan di mata kamu setiap yang menarik berkaitan si perempuan , padahal si perempuan tu biasa - biasa je . Tetapi oleh kerana mata kamu sudah di celak dek syaitan dan hati kamu dah tergoda dengan bisikan manja si syaitan maka itulah timbulnya angau yang tidak bertempat . Padahal si perempuan guna gambar katun je kot , canne boleh jatuh hati plak kat dia . Okeh , itu kalau gambar , jatuh hati dengan tulisan dan penulisan ? . LoL.. takkan kamu jatuh hati kat perempuan tu sorang je ? kat ustaz - ustaz yang selalu je hapdet penulisan atau perkongsian - perkongsian ilmu yang lebih bermanfaat dari post si gadis tu kamu tak jatuh hati pun? . Tu yang pelik , patutnya kalau jatuh hati pada penulisan , jatuh lah hati pada penulisan para ilmuan . Ehh.. nampak benar nipunya kamu ni . Kemudia syaitan akan terus berbisik supaya kamu menegur sapa perempuan tu untuk berkenal kenalan , haa.. ingat!!! itulah permulaan ke arah perzinaan dan syaitan pun berkata , "yess..yesss!!! kita beroleh kemenangan yang pertama!! Ding!!Ding!!" lalu naik lah panji - panji syaitan tu untuk terus membantu menyusun ayat - ayat jiwang seterusnya bagi membuatkan si perempuan tu cair dengan ayat - ayat jiwang kamu .
UuuWWeeKKKk!!!Termuntah!!!
Langkah permulaan telah berjaya , ayat biasa nya yang di gunakan , "saje je nak berkenalan " dan seterusnya macam - macam soalan di tanya , sampai sedang buat apa pun di tanya , padahal dah tahu tu si perempuan tu tengah mengadap fesebuk jugak . Kadang - kadang rasa nak je jawab cenni ," sedang tengok kaca bertulis" takut ada pula yang tak faham.. adesss... #tekak loya dah.
Bila dah dapat balasan mesej , last sekali antara yang sentiasa hangat ialah , " boleh minta nombor fon kamu tak , ? mana lah tahu tibe - tibe saya tak online ke ." dan bila si perempuan memberinya , ingat! masa tu syaitan akan berteriak kuat - kuat , " kita sudah beroleh kemenangan yang ke dua!!!Ding!!Ding!! " macam citer nujum pak belalang kan.. hihi..
Bila sudah ber 'sms' akan berjangkit pula ke panggilan dan berbual di fon , bila sudah berbual mula lah bergurau senda , mulalah mengatur bunga - bunga cinta ala hindustan . Malah ada yang lebih lagi dari berbual - bual biasa , tahap terbang - terbang ke bulan cengituh . heheh .
#Termuntah .
#Termuntah .
Maka syaitan dan para anak cucunya akan bersorak gumbira lagi terloncat -loncat sambil menjeritkan , "kita sudah beroleh kemenagan yang ketiga!!!Ding!!Ding!!" . haaa.. cengituh..senyum? mampu ke senyum?
# senyum nak tak nak =.='
# senyum nak tak nak =.='
Bila sudah mesra dan hati sentiasa berdenyut je ibarat kata orang kalau sehari tak dengar suara manja si hawa ( well..ekceli kitorang hawa ni sememangnya manja okeh . ) mulalah nak terkentut pun dah tak lalu , nak mandi memang keraplah kan . Mula lah syaitan akan bisikkan agar pertemuan di adakan supaya terubat angau tu . Lalu pertemuan di adakan lah .
Dan ingat! di saat pertemuan itu baru di rancangkan si syaitan sudah pun tergelak guling - guling sambil menyebut "kita sudah beroleh kemenangan yang keempat!! Gong!!Gong!!( bunyi lagi besar tanda kemenangan yang semakin besar ) . Maka si lelaki dan si perempuan mulalah bertemu bersengkang mata buat kali pertama . Biasanya kali pertama berjumpa ni , normal la kalau si perempuan tu malu - malu ( kunun nak jaga cun lah tu , padahal berani keluar tanpa mahram tu dah hilang dah suku rasa malu dalam diri , rasa nak tampa je kan kalau adik perempuan kita buat cengini ? ) . Si lelaki pulak masa tu mula lah mengambil peranannya menyantunkan lagi pantun yang di bisikkan oleh syaitan . Si perempuan semakin tunduk malu . Ala - ala pilem industan gituh.. hahah =D
#Termuntah lagi .
#Termuntah lagi .
Apatah lagi yang terjadi ? , mula - mula atur pertemuan yang pertama di tempat ramai orang , kunun - kununnya nak menjaga si perempuan dari rasa malu . Padahal berjumpa tu pun dah hilang dah rasa malu kedua - duanya . Dan si syaitan pun sudah berjoget riang sebenarnya sambil berkata " kita sudah beroleh kemenangan yang kelima!!!Gong!!Gong!! .
# tergolek .
# tergolek .
Setelah pertemuan pertama mesti akan ada pertemuan yang seterusnya , pertemuan kedua lah pulak dan seterusnya , keluar jalan - jalan , keluar tengok wayang , bershopping , menatap pokok - pokok bunga kat taman bunga ( padahal pokok bunga yang kat rumah tu pun bila ibu suruh tolong siram bermacam je alasan kan ? ) . Masa tu syaitan akan bersorak menandakan kemenangan yang seterusnya sambil bertepuk tangan .
# ggrrrrr...
# ggrrrrr...
Bila sudah bersunyi - sunyian berdua , ingat lah!! tiada istilah berdua melainkan ada yang ketiga yang menjalankan kerjanya untuk menyesatkan manusia ni iaitu syaitan ! . Maka masa tu si syaitan akan tolong jadikan suasana pertemuan itu semakin indah dan semakin romentis tahap pilem hindustan yang dihiasi oleh pokok bunga yang cantik - cantik , padahal hakikatnya di kelilingi oleh pokok bunga tahik ayam je sebenarnya . Bermula lah perjalanan berpegangan tangan , si lelaki menuturkan tanda sayangnya kunun , dan si perempuan merasa di manjakan kununnya akan melentokkan kepala ke bahu si jejaka idaman . maka semua perancangan syaitan tadi telah pun berjaya di laksanakan oleh si kedua burung gagak berkenaan tanpa mereka menyedari bahawa si syaitan sudah pun beroleh 90% kejayaan menyesatkan mereka .
Allahu Robbi.. #pengsan .
Allahu Robbi.. #pengsan .
Masa tu si syaitan mula lah berbisik lagi romentis , " takkan pegang - pegang je boss , dah lentok tu , ni la masanya membuktikan chenta boss.. buat la lebih - lebih sket.. baru jentelmen boss.. "
Maka masa itu lah keterlanjuran akan berlaku dan perzinaan yang amat di larang oleh Allah swt di rasakan sesuatu yang teramat manis tahap terbang ke langit biru . Allahu Akbar...
Sebab tu Allah swt kata jangan mendekati zina !
# sambil jengilkan mata o.O
# sambil jengilkan mata o.O
Bila sudah berlakunya perzinaan , biasanya jika di dalam hati sudah ada taman , maka akan berlaku lagi berulang kali perzinaan itu , sebab itu ada sesetengah penceramah mengatakan bahawa perzinaan itu umpama dadah , sekali terjebak , nak meninggalkan nya cukup payah kecuali dengan Iman dan Taqwa .
Sebab tu biarlah di dalam hati kita ni kalau nak ada taman biarlah taman Iman .
Bila sudah semakin kerap berjumpa dah tiada batasan seolah suami isteri yang sah , maka akibatnya nanti si perempuan juga yang akan termuntah - muntah , bukan warna ijau atau pelangi dah masa tu , melainkan warna merah sebab berdarah kerana takut , kerana kecut , kerana bermacam - macam kerana . Si lelaki juga turut sama terbawa pembawaan si perempuan tadi termuntah . Termuntah sebab menggelabah lagi gabra bila si perempuan mengatakan dalam perutnya sudah berisi makanan yang di makan selama berlaku perzinaan tersebut . Masa tu syaitan dah tak berbisik sangat dah sebab kejayaan yang di milikinya sudah mencapai ke tahap 98% dah . Tinggal tugas yang terakhir je lagi 2 % , Apa dia ? syaitan akan menunjukkan jalan supaya samada di gugurkan kandungan haram tersebut atau pun di buang je dari menara klcc . Kan ? Tu jika tiada erti insaf , ada juga pasangan kapal bila sudah terjadi sedemikian maka mereka segera bertaubat dan mengambil jalan pernikahan yang sah . Maka syaitan akan tergolek juga masa tu , tapi menangis guling - guling lah sebab kejayaannya untuk menyesatkan manusia pasangan kapal tadi tinggal 2% je lagi tu , tahu - tahu si pasangan kapal tadi tu buat pula masjid , mahu tak tergolek menangis si syaitan tu sebab terus kejayaannya jadi 0% . Tu kalau pasangan kapal tadi insaf . Kalau tak insaf juga macamana ? Maka tu lah yang kita tengok di dada akhbar dan di kaca tv " hari ini bayi perempuan di temui di celah kedai basikal ong , dalam tong sampah rumah inchek abu , belakang dapur kayu api rumah kak limah dan di tepi reban ayam tok chik ." kan..? kann..? kannn..? Allahu Allah..
#pengsan lagi .
#pengsan lagi .
Astaqfirullahal Azim.. Semoga kita di jauhkan dari itu semua ye..
Sememangnya tugas syaitan tu hanya nak menyesatkan kita ni , sebab itu dia cipta bermacam - macam cara untuk menghanyutkan kita ke laut dan mereka tidak akan berhenti sehingga kiamat kelak . So Beware!!!
Jangan sampai termakan hasutan syaitan yang di rejam ni..
Ingat Allah swt sentiasa memerhati , malaikat pencatit amalan kita juga memerhati . Jangan biarkan malaikat sebelah kanan yang menjaga dan mencatit segala amalan kita relek di sepanjang hidup kita sedang kan malaikat di sebelah kiri pula terlalu sibuk mencatitkan semua kerja - kerja kita yang tidak baik lagikan merugikan kita di akhirat kelak .
# kecikkan mata sambil betulkan spek .
# kecikkan mata sambil betulkan spek .
Akhir kata , sebelum entry ni berhenti dek kerana jari tangan sudah mulai kejang , ingat lah , jangan terpedaya dengan tipu helah syaitan , bukankah kita ni sudah ada agama yang sempurna ? iaitu Islam ? so kita ikutlah cara Islam . Tak perlu rasanya ikut cara yahudi mahupun nasrani ataupun majusi . Tambah sket , dalam peristiwa Israk dan Mikraj juga si yahudi dan nasrani sudah cuba untuk menggoda Nabi kita tau sewaktu Baginda Rasulullah SAW dalam perjalannya malam tu . Tapi tak berjaya sebab Nabi Muhammad SAW adalah seorang Nabi yang amat hebat . So.. bangga tak kita menjadi umat seorang Nabi yang Hebat ? So buktikan dengan mencintai Baginda dengan sebenar - benarnya .
# Senyum . ^__^
# Senyum . ^__^
Mintak maaf dan ampun jika entry kali ni agak pedas tergigit cili atau umpama sedang memotong bawang , tiada niat untuk mengata ke sapa - sapa , sekadar nak menampar diri saya sendiri agar lebih berhati - hati sebagai muslimah akhir zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang tidak pernah henti lagi sunyi . Macamana pula ada orang yang kata hidupnya sunyi tu ye ? ciannya .. maybe dia lost some of the part in they life kot.. wallahu a'lam...
Cuma saya pinta kepada jejaka - jejaka terhangat di pasaran tu , kurang - kurangkan lah ye cubaan dan godaan anda untuk mengajak saya ber kapal dengan anda tu , saya masih lagi di gelar golongan pelajar dan masih banyak lagi ilmu yang mahu saya cari di dunia ni , serta saya masih ingin berseorangan lagi buat masa ni sebab saya mahu berbakti dahulu kepada kedua ibu bapa saya dan membalas jasa mereka sebelum saya di sunting menjadi isteri siapa - siapa . Harap hormati keputusan saya ni ye.. berkawan tidak salah , asal jangan sampai ada perasaan angau yang di bisikkan oleh syaitan . Boleh kan inchek - inchek abang semua ? .
# sambil kerut - kerutkan kening yang belum kerepot .
# sambil kerut - kerutkan kening yang belum kerepot .
Bukan setakat inchek abang je yang menghantar mesej jiwang lagi memuntahkan , malah inchek - inchek hadek juga berkelakuan sebegitu , dan teramatlah annoyingnya . Bhahahaha..
#gelak sambil buat tanda aman . (^_^)Y
#gelak sambil buat tanda aman . (^_^)Y
kita chow dulu , sekian ,
Terima kasih sebab sudi membaca .
Ampun maaf jika terdapat kekasaran bahasa di dalam entry kali ni yang boleh membuatkan anda terkentut sewaktu membacanya .
Yang baik itu datang dari Allah swt .
yang hangir lagi merentungkan tu datangnya dari kelemahan saya .




























