Cinta..
sememangnya sudah menjadi suatu yang sinonim buat manusia.. cinta bukanlah sesuatu yang boleh di paksa atau di reka kedatangannya.. ia fitrah semula jadi manusia yang mempunyai jiwa yang mahu serta ingin di sayangi , di kasihi , di manjai malah tanpa cinta tiadalah erti kasih sayang sesama manusia..
Cinta..
dengan kehadirannya manusia membina sebuah institusi kekeluargaan.. dengan kehadirannya manusia membina persaudaraan... dengan kehadirannya manusia saling memerhati di antara satu sama yang lain...
Namun...
Kerana Cinta juga manusia saling bermusuhan.. saling merosakkan.. saling menyakitkan...
Cinta tidak buta..yang buta adalah manusia itu sendiri yang tidak mampu memandang betapa suci dan jernihnya Cinta itu... malah ada yang sanggup menjadikan Cinta sebagai medan memperjudikan nafsu serakah yang tidak pernah putus geloranya...
Butakah Cinta...?
Cinta tidakkan menjadi buta selagi manusia itu memandangnya dengan kebaikkan... tapi.. jika cinta itu di pandang dengan gejolak api nafsu yang menyala - nyala , maka apakah ertinya Cinta jika berlandaskan Nafsu..??
Cinta...
Bukankah ia seharusnya saling hormat menghormati..? bukankah ia seharusnya saling kasih mengasihani..? bukankah ianya harus saling percaya mempercayai...? bukankah ia harus sentiasa bertoleransi...? bukankah...?
Cinta...
kadang - kadang di salah gunakan demi kepentingan diri... maka kecundanglah si mangsa di mamah oleh kerakusan si pemangsa yang sentiasa lapar dan haloba....
Kejamkah Cinta...?
Tidak...cinta tidak kejam.. tetapi manusia yang gagal mengawal dan menahan kemaraan nafsunya walaupun sekejap itulah yang sebenarnya kejam....
Cinta...
Benarlah sepertimana yang sering di perkatakan... hanya Cinta sejati yang dapat menjadi penawar bagi segala kepahitan yang di hidangkan oleh nafsu.. Cinta Kepada Allah SWT... Cinta Kepada Rasulullah SAW ... Cinta yang kekal lagi abadi...



No comments:
Post a Comment