BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM
Hari ni agak santai sikit kot pengisian di dalam blog saya ni . Kenapa ? Well..hihi..
sebenarnya rasa teruja sikit ( tapi banyak lah jugak kan ) sebab excited pertama kali hendak pergi ke sebuah majlis ilmu yang di adakan di stadium shah alam ( tidak jauh dari rumah ) .
Bersama abah , ibu dan adik beradik tersayang , in shaa Allah . Tu yang teruja tahap keluar bunga api tu sebab mahu bersama - sama meraikan rasa cinta ( cinta lagi budak ni.. huhhh. ) ye la.. rasa cinta kepada Baginda Junjungan Mulia Nabi Muhammad , Rasulullah SAW .
"Allahumma Salli Alaa Muhammad , Wa Alaa Alihi wassohbihi wasalam.."
Sesungguhnya kita ini adalah tergolong di dalam suatu umat yang 'Beruntung ' kerana terpilih sebagai umat Nabi yang teramat hebat . Seorang Nabi yang akan memberikan SyafaatNya kepada kita selaku umat di akhirat kelak.. Allahu Allah.. terujaNya.. nampak tak percikkan bunga api kat sebelah tu ? haa.. macam tu lah dalam hati ni.. excited gila..!! Senyum sampai ke telinga je rasa bila abah ajak ke stadium hari ini ( jam 8 malam nanti ) .
Dengar je ajakkan abah , tanpa berlengah masa ( penuh bersemangat ) terus buka youtube semata - mata nak cari sebuah Qasidah yang tiba - tiba berjaya menawan hati ini sejak dua menjak ni umpama baru di ngorat lah umpamanya.. oppsss..!! ( tutup mulut ) . mengarut sudah..
Nak tahu ke Qasidah apa ? opkos lah Qasidah Ya HanaNa ( Betapa BeruntungNya Kami )
Bak kata seorang kakak tu , jika kita tidak cintakan Rasulullah SAW , macamana kita nak ikut segala sunnahNya kan... bila kita sudah mencintai Baginda maka barulah timbul kuntuman - kuntuman cinta kepada Sunnah Baginda . Untung tak kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW ? mesti la untung yang teramat - amat sangat . ( muka teruja lagi ) .
Bertepatan pula dengan hampir tibanya hari 'Israk dan Mikraj' , di mana hari tersebut Baginda Nabi Muhammad SAW telah menjalani satu perjalanan yang memberikan sesuatu buat pedoman kita terutama umat akhir zaman ni . Allahumma Salli Alaa Muhammad.. terlalu besarnya pengorbanan Baginda kan..? Demi cintaNya kepada umatNya..
Baik..sebelum saya bertambah mengarut dek kerana terlalu teruja ni , apa kata saya kongsikan senikata Qasidah Ya HanaNa di blog saya ni untuk tatapan kakak - kakak , abang - abang , adik - adik dan kawan - kawan yang mungkin tercari - cari senikata Qasidah ni . Amacam..? Nak tak..?
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan
munculnya Nabi Ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah daripada Allah SWT
يَا هَنَانَا
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany
(al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah
mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)
يَا هَنَانَا
ya hana na
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya
(Muhammad SAW),
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW)
dibanggakan oleh seluruh manusia
يَاهَانَانَأ
ya hana na
يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan
teragung akhlaknya
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di
timur, segala puji hanya bagi Allah SWT
يَاهَنَانَا
ya hana na
يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad
SAW) yang terpilih, sang bulan purnama
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat
di hari kebangkitan
يَا هَنَانَا
ya hana na
يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami
Okeh.. itulah senikatanya yang saya copy & paste dari halaman facebook tv alhijrah..hihi sorry..
Humm... terlupa pulak.. sebenarnya ada yang mahu saya perkongsikan di entry ni... berkaitan satu kisah cinta yang benar - benar tiada tandingan.. Cinta Baginda Rasulullah SAW kepada UmatNya .
Mungkin ada yang sudah mengetahui nya dan mungkin juga belum pernah dengar atau mungkin juga sudah lupa . Cinta Baginda yang terlalu hebat kepada umatNya.. iaitu KITA.. Cinta dan RinduNya Baginda Rasulullah SAW kepada kita sehingga Baginda SAW menitiskan airmata tidak terhingga biar pun kita amat jauh lahirnya setelah ke Wafatan Baginda Junjungan Mulia..
'Allahumma Salli Alaa Muhammad , Wa Alaa Alihi Wabarik Wasalim..'
Allahu Allah..
Betapa RinduNya Baginda SAW kepada kita kan..? kita..???? Rindu tak kepada Baginda SAW ?? kita Cinta tak kepada Baginda SAW ?? kadang - kadang yang paling ringan pun kita terlepas pandang kan... perkara dan pekerjaan yang paling ringan serta mudah sebenarnya.. iaitu dengan berselawat kepada Baginda SAW.. sedangkan masa kita bangun tidur pun kita boleh berselawat.. kita nak berjalan ke kampus pun kita boleh berselawat.. sambil duduk saja menanti lecturer masuk dewan kuliah pun kita boleh berselawat kan... tersangkut di kesesakan jalan raya pun kita boleh berselawat.. sambil kita berada di atas garisan muka buku ( online facebook ) pun kita boleh berselawat sambil kita post - post status terkini di dinding muka buku kita kan... Allahu Allah.. cuainya kita kan... Y__Y sob sob sob... bak kata seorang blogger tu ( potong bawang ) .
Saat nyawa Baginda sudah di kerongkong pun Baginda tetap mengingati kita.. 'Ummati..Ummati..Ummati..' UmatKu..UmatKu..UmatKu..'
Kita...? saya selalu tanya diri saya sendiri , sudah cukup kuatkah cinta saya kepada Nabi.. rasanya terlalu kurang sangat - sangat . Allahu Allah... kadang - kadang saya juga cuai dan lalai mengucapkan kata - kata cinta tu.. sedangkan seluruh kehidupan sentiasa berselawat ke atas Baginda SAW.. pokok - pokok , haiwan - haiwan , malah para Malaikat juga berselawat ke atas Baginda SAW... lemahnya kita sebagai manusia ni selalunya lah bila mendengar ceramah - ceramah agama atau seseorang menyebut perkataan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam , kita nak sambut Sallallahu Alaihi Wassalam pun kedekut kan.. mungkin bukan anda.. saya cakap diri saya sebenarnya.. kebiasaanNya macam tu la.. cuai dan lalai.. hanya mendengar dengan mulut terlopong je tanpa menyahut perkataan selawat berkenaan..
Berbalik kepada kisah 'Israk dan Mikraj' , antara yang sering ustazah - ustazah atau ustaz - ustaz atau penceramah - penceramah sebut serta ingatkan di mana kisahnya Baginda Rasulullah naik ke Sidratil Muntahar bertemu dengan ALLAH SWT . Baginda menerima dan membawa satu tugas yang perlu di laksanakan oleh umat manusia . Apakah dia ? sudah tentulah SOLAT... dari banyak - banyak jumlah solat yang perlu di lakukan oleh umatNya sehingga menjadi cuma tinggal 5 waktu sahaja sehari semalam - Subuh 2 rakaat , Zohor 4 rakaat , Asar 4 rakaat , Maghrib 3 rakaat dan Isyak 4 rakaat.. banyak ke..? sikit je pun kan..? tu pun kita hanya termampu buat sehari semalam cuma 2 atau 1 je ikut sempat.. tak pun lansung hilang.. kalau orang lelaki mungkin lah.. mungkin ye.. bukan tuduh.. mungkin ada yang cuma 2 rakaat je seminggu sekali atau 3 minggu sekali atau setahun sekali...? :O terlopong beta...
Tak rasa MALU ke dengan Baginda Rasulullah SAW..?
Kita pula selaku muslimah ( khusus buat orang perempuan sahaja ye...) terutama di hari jumaat , bukan beriya - iya lagi menyuruh kaum adam yang segak bergaya lagi macho ke masjid menunaikan solat jumaat , sedangkan kita ( sambil tunjuk diri saya sendiri ye akak - akak sekalian.. hihi ) boleh la pulak bershopping , tengok wayang , dan bermacam lagi aktiviti kaum hawa ni sebenarnya kalau hari jumaat.. kecuali.. ada kecuali ye.. kecuali sewaktu uzur 'period' . Bukan nak segera menunaikan solat Zohor... macamana lah kita nak mendapatkan imam yang kental kalau kita pun tak mahu berubah sama menjadi makmum yang ohsem lagi cute kan.... senyum..
kenyit mata sikit kat akak - akak dan ibu - ibu.. hihi.. ampun maaf zahir batin ye..
lebih - lebih pulak budak ni...( ada nak rasa macam nak kena penampar dah ni.. huhu..) Akak - akak yang comel lagi kiut...maaf - maaf.. saya mengingatkan dan memberi AMARAN kepada diri saya sendiri sebenarnya . Cuma teringat satu je yang susah dan enggan aka tak nak sujud ni sebenarnya iaitu Iblis laknatullah dan sekutu - sekutunya.. tapi kita bukan tergolong dalam sekutunya kan akak - akak yang cute - cute lagi macho berseri semua kan.....? =) sebab tu la kita sujud solat kan.. akak - akak ni best lah..!!! ohsem gitu..!!!
Apa - apa pun marilah kita sentiasa berusaha memperbaiki diri kita.. sebab dalam kisah 'Israk dan Mikraj' juga Baginda Rasulullah SAW di perlihatkan akan bermacam azab serta siksaan neraka.. malah ramai penghuni neraka tu adalah terdiri dari kaum perempuan aka hawa aka wanita . Allahumma Ajimna Minnannar . Harap kita tidak lah tergolong di dalam senarai yang akan tergolek ke neraka kelak , sebab di syurga juga ramai di isi oleh kaum hawa.. ^__^ senyum.. bukan kah kita ni selalu berangan mahu menjadi Bidadari Syurga..? Mawar Syurga..? jadi kita kena lah ubah mana - mana yang rasanya boleh menyebabkan kita ter ' check - in ' ke neraka kelak .
well.. macam saya tulis ( jap komfius ) atau taip di entry sebelum ni , saya bukan seorang ustazah.. tak layak pun sebenarnya mendapat gelaran tu.. cuma saya rasa indah hidup di dalam CINTA kepada Tuhan dan KekasihNya... jadi sebelum tangan saya ni kejang dek menaip entry ni , sekali lagi saya memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog seorang gadis kecil ni ( dah semakin mengecik rasanya - timbang tadi berat dah turun ke 44.3kg je dari 45.2kg minggu lepas ) . Yang baik tu datangnya dari ALLAH SAW dan yang buruk serta busuk lagi hangit tu adalah khilaf saya.. Ampun Maaf Zahir Batin ye.. ( ppssttt..ppssttt.. jangan lupa duit raya saya nanti ye...)
=D
Apa - apa pun , excited tahap teruja macam gambar di bawah ni .
ehh..??? da jadi kat sebelah lah pulak gambar budak ni.. =D hihi..
sebab mahu meraikan Cinta kepada Baginda Rasulullah SAW dengan menghadiri majlis ilmu pada malam nanti , in shaa Allah.. jom kita pergi ramai - ramai ye.. penuh sesakkan stadium tu lebih lagi dari yang memenuhkan stadium sebab tengok bola.. kita riuhkan stadium tu dengan kalimah - kalimah Cinta kepada Baginda Rasulullah SAW lebih riuh dari sorakan penyokong - penyokong ultras .
In Shaa Allah , kita boleh!!! Yesssss!!!! ^__^Y
~ Sekian ~
~ Terima Kasih ~

























