Bismillahirrahmanirahim
Hai.. ( lambai - lambai tangan pada semua sambil buat muka paling kiyut ) .. ketemu lagi dalam entry saya kali ni.. fuhhh...( tiup habuk ). lama jugak saya menyepikan diri kan , maklumlah , agak kesibukan kebelakangan ni ( tak sibuk mana pun , tapi saja buat - buat sibuk . ekiki ) .. Harap sahabat - sahabat dan para pembaca yang berkunjung ke belog saya yang tidak seberapa nak kiyut ni semuanya sihat belaka dan dalam rahmat Allah swt selalu . Ehh.. nape ada yang muram tu ? senyumlah.. senyumlah macam saya ye.. sebab orang - orang yang kiyut ni suka tersenyum macam saya ( perasan lebih ) . kan.... ahahah..
Firman Allah swt :
"Wahai orang - orang yang telah beriman ! Di wajibkan atas kamu berpuasa , sebagaimana telah di wajibkan atas orang - orang sebelum kamu , seupaya kamu bertaqwa."
Surah Al Baqarah : Ayat 183
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..!! yehuuuu..!!! dah tak lama dah lagi... kita umat Islam akan menyambut kedatangan satu bulan di dalam Islam yang di mana ianya bulan yang penuh 'Barakah' dan 'Rahmah'.... bulan yang teramat istimewa dari lain - lain di mana bulan Ramadhan ni penuh dengan tarbiyah sebenarnya bagi mendidik jiwa , kerohanian dan kesabaran dalam menghadapi kehidupan sebagai seorang 'Hamba' . Okeh sambung , bukan setakat kita di asuh dan didik supaya menjaga perut , tahan lapar , tahan dahaga , malah tahan semua - semua lah senang . Apa ? ni saya nak criter lah ni . Sabar.. sabar.. ( sambil tampa nyamuk.. haa.. kan dah kena.. curi lagi darah saya...ketawa.. )..
Definasi puasa ialah menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkannya pada waktu siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari . Ada pun yang membatalkan puasa itu antaranya ialah : makan minum , bercampur dengan isteri/zaujah dan lain - lain . sedangkan bagi muslimah / perempuan / hawa pula di tambah dengan haid / period / datang bulan , nifas dan wiladah . Tapi itu yang perkara yang membatalkan puasa , ni kita nak pergi kepada puasa yang sia - sia dan apa yang perlu kita elakkan serta apa yang boleh kita hamek dari kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ni . Are you ready everybody ? okeh.. jomm.... senyum..
Okeh sambung lagi , dalam bulan Ramadhan ni juga kita belajar erti sabar tau... haa.. tengok tu.. dah nak marah nampak ? SABARRRRRR.... senyum . Antaranya sabar menahan rasa lapar dan dahaga.. sabar dalam menengok orang yang tak puasa pun iya jugak kot ( sambil ketuk - ketuk dagu ) , sabar dalam pertuturan , jangan dok ngata ke orang , jangan mengumpat , jangan menghina , jangan memfitnah , jangan dok mencarut dan memaki orang atau haiwan ( haiwan pun makhluk Allah juga tau..) , jangan cakap yang sia - sia ( lagha ) , jangan dok sebok criter artis korea jeh , jangan cakap yang sia - sia.. ehh..( tepuk dahi ) dah cakap tadi.. tak pe lah.. malas nak 'delete' ..hhihi... senang kata pertama kena jaga 'mulut' ( sambil muncungkan mulut ni ha bagi nampak efeknya ) , sebab mulut sedang berpuasa dari di masukkan sebarang makanan dari sesudah waktu bersahur sehingga ke waktu berbuka , hormatlah dia yep... kalau hari biasa kita rajin melakukan usrah tak bertauliah kat bawah rumpun buluh berbangkukan tin minyak tanah dok hebahkan criter sensasi terkini tu , dalam bulan puasa ni janganlah di buat lagi hacentu . Cara mudah nak elak dari mengumpat ni senang je , lepas sahur pegi hamek selotep , selotep mulut . Gelak ( dok bayangkan hacenne lah rupanya jika satu hari mulut ber selotep tu ya.. kalau selotep kecik takpe la jugak , ni bayangkan kalu selotep tu yang jenis besar tu.. tertutup muka teros.. bhahahaha..) . Okeh mengarut sudah . ( tutup muka dengan tudung sambil tahan ketawa ) Astaqfirullahal azim.
So...
Didik 'mulut' kita dengan penuh sabar.. sebaik - baiknya daripada bercakap yang bukan - bukan ni pe kata kita didik mulut kita supaya sentiasa menyebut perkataan yang baik - baik lagi berpahala seperti bertasbih , berzikir dan berselawat . nak lagi hensem basahkan mulut dengan membaca Al Quran .
Firman Allah swt :
" Sesungguhnya orang - orang yang suka terhebah tuduhan - tuduhan yang buruk dalam kalangan orang - orang yang beriman , mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ( ingatlah ) Allah mengetahui ( segala perkara ) sedang kamu tidak mengetahui ( yang demikian ) ."
Surah An - Nuur : Ayat 24 : 19
Sabda Rasulullah saw :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat , maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam ."
Riwayat Al Bukhari dan Muslim .
Dalam sebuah riwayat yang lain juga ada di kisahkan bahawa Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada Abu Dzar : Sabda Rasulullah saw :
"Hendaklah engkau diam , kerana perkara itu akan mengusir syaitan dan membantumu dalam urusan agamamu."
Riwayat Ahmad bin Hanbal .
sambung lagi... ( lap peluh ) .. seterusnya sabar dalam mendidik 'mata' . Acanne tu yep ? okeh , sabar dalam mendidik mata ni ialah dengan cara menundukkan pandangan mata , bukan pejam mata ye , nanti terlanggar tiang bendera pulak.. ekiki.. tapi didik pandangan mata dari memandang perkara - perkara yang tak baik sebenarnya , didik mata supaya tidak memandang pemandangan yang 'kureng' memberi pahala , contohnya tengok 'Aurat' orang , tengok criter - criter tv yang mengasyekkan dan meng'ghairah'kan.. muntah . Mata memainkan peranan penting sebenarnya dalam jasad manusia ni , sebab dari mata lah turunnya kehati , ke canne.. ehh.. betullah.. nape ? tak percaye ? contoh , "ehh , cun lah awek tu.." dari mana nampaknya perempuan cantik tu kalau tak dari mata.. "ehh.. mamat tu macho lah.. taff - taff gitu.." haa.. kan mata yang pandang semua tu.. takkan hidung plak . ( Jatuh kerusi , bangun , betulkan kerusi , duduk semula sambung tulis entry ) . Gelak . Lagi , jaga pandangan mata semasa di 'Bazaar ' Ramadhan pun boleh juga , ni nampak ayam percik nak beli , nampak keropok lekor nak beli , lebih - lebih lagi bila nampak nasi tomato dan air tembikai laichi , berseri - seri biji mata.. sabarrrr...!!! kita sedang didik mata.. terdidik mata maka terdidiklah nafsu..
Sebab tu mata memainkan peranan utama yang perlu di jaga ketika berpuasa , sebaiknya nak lagi ayu kalau mata sewaktu berpuasa tu di pandangkan ke ayat - ayat Al Quran... lagi baaaaggguusssss..!! cenggituh Pahala pun dapat , silap - silap terus khatam 30 juz , lagi ohsem kan..? ( bukak spek sambil gosok - gosok mata ) .
Pakai spek semula dan sambung lagi... didik mulut sudah , didik mata sudah , didik hape lagi yep.. hummm.. ( garu - garu dagu sat , awat lah nyamuk ni suka sangat baham tang dagu ni..adess.. ) haa.. ohyaa.. didik telinga.. sapa kata telinga tak memainkan peranan jugak ? sapa kata ? meh habaq kat cek sat.. hihi.. dari telinga lah selalunya kita mendengar criter atau perkhabaran pape pon kan.. contohnya ''wehh.. esok Puasa'' haa... kan telinga yang mendengarnya tu.. walaupun dari mulut orang lain , tapi telinga gak yang menangkap bunyi suara tu kan..? okeh.. didiklah telinga dengan sabar di bulan Ramadhan ni.. acanne caranya ? okeh cenni ( sambil buat gaya seorang profesor lak ase .. hihi.. perasan lagi.) .. biasanya jika di bulan - bulan biasa , kita biarkan 'telinga' kita di sumbat oleh bunyi - bunyi yang lagha lagi tak berfaedah , so di bulan yang mulia ni apa kata kita bagi telinga kita tersumbat dengan bunyian bacaan ayat Al Quran , dengan bunyi zikrullah , dengan bunyi ayat - ayat cinta kepada Allah , dengan bunyi selawat kepada kekasih Allah . Jika selama ni telinga asyik dengar lagu Girl Generation je , pe kata sumbat telinga dengan lagu - lagu nasyid yang mendidik jiwa atau pun qosidah ke... ehh.. maksud saya bukan ''sumbat'' dengan earphone'' ya.. TAK BOLEH wat centu tau.. tapi sumbat tu bermaksud ''dengar'' . Kang ada pulak yang salah faham kang.. mati eden.. huhu.
Jika dihari - hari biasa , telinga kita rajin sangat dok mendengar kisah - kisah nurani dari wartawan - wartawan instan di anak tangga atau di bawah pokok pelam , so di bulan puasa ni ajak - ajak lah sama ya sahabat - sahabat seumpatan tu berhijrah dari dok 'sok sek sok sek' si anu si ani si ane tu ke arah yang lebih baik , contohnya berjemaah membuat juadah untuk berbuka ke.. lagi cun hacentu kan ? tapi sambil memasak tu jangan la plak dok sambung ngata ke orang . haiissshhh.. 'ate udoh terbiase..nak wat canne ye idok..' sebab tu lah kena didik!! hisshh.. sabar je lah.. ( lap peluh ) . urut - urut dada.. istiqfar... 'Astaqfirullahal azim'
Lagi yang perlu di didik dengan sabar lagi tawaduk ketika berpuasa ni ialah ? tangan.. tangan tu..!! kenapa plak tangan ehh ? sebab contohnya kalau tangan ni biasanya di hari biasa , dok suka merayap ke sana ke mari ke sinun ke situha , ajar dan didik dia supaya stay diam! Kalau selalu dok suka hamek hak orang , guna hak orang , pinjam hak orang , curi hak orang , didik tangan tu supaya sabar.. lagi - lagi kalau tangan tu SUKA sangat - sangat pegang orang!! pegang yang acanne ? pegang yang BUKAN muhrim! . Haram tu geng.... Kalau di zaman serba serbi teknologi ni lagi lah kena jaga tangan betul - betul . Maksud kat sini tu ialah jari , sebab jari pun sebahagian dari anggota tangan juga kan . Zaman sekarang ni sebenarnya lebih banyak jari yang memainkan peranan , maklumlah 'teknologi' di hujung jari . ekiki.. macam iklan tv plak.. beerti disini sila lah jaga jari anda dari menulis , menaip perkara - perkara yang tidak baik , contohnya menaip keburukkan orang , menaip aib orang , ehh.. tak sama ke tu ? ahh.. lantak lah.. hihi.. jari.. menaip perkara - perkara yang mengurangkan pahala bahkan mendekatkan dosa nak buat hape kan . Lagi elok kot kalau taip ayat - ayat tafsir Al Quran ( tapi sila dapatkan sumber yang sahih ya jika anda mahu membuat penulisan atau pun status menggunakan tafsir Ayat Al Quran terutama di muka buku ) . Taip kata - kata nasihat dan tarbiyah . ehh sapa kata bila kita taip dan kongsikan perkara - perkara berunsur tarbiyah ni tak boleh mendidik jiwa sendiri ? boleh je jika kita buat tu se ikhlas hati kita demi mengharapkan redha Allah dalam mendidik jiwa kita , siapa tahu dalam kita berniat untuk sebagai rujukan kita tu ada pula hati - hati insan lain yang terikut di tarbiyah sama . Tak nak ke pahala tak di sangka acentu ? kalau tak bagi je kat saya , saya nak.. hihi.. TAPI !! AWAS !! jika tulisan anda tu mengandungi sifat 'Riak' , 'UJUB' dan 'TAKBUR' maka akan hangus terhangitlah pahala yang anda buat tu.. tak mustahil.. dari mula niatnya untuk mencari pahala , last - last : sniff..sniff.. hape bau hangit ni.. ohh.. bau pahala kita rupanya yang dah rentung kerana riak.'' okeh.. nanges dan tergolek hacentu jadinya .
Lagi yang perlu dijaga dan di didik dengan sabar ialah kaki.. kalau hari biasa , kaki ni suka sangat berjalan ke shopping komplek , kurang - kurangkan lah , kalau hari - hari kaki ni biasa di langkah ke tempat - tempat yang di sebutkan sebagai tempat - tempat hiburan lagi maksiat , HENTIKANLAH . Sebab nanti di akhirat bila dihadapan Allah swt , bukan kita yang akan berkata , tetapi anggota badan kita ni ha.. ( sambil tunjuk dua tangan dan angkat dua kaki ) .
Firman Allah swt :
"Pada hari ini kami tutup mulut - mulut mereka , dan berkatalah kepada kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan."
Surah Yassin : Ayat 65 .
Bulan Ramadhan ni hape kata kalau kita didik kaki kita ni supaya rajin dan taat melangkah ke masjid , bukan sekadar bertujuan untuk teraweh dan moreh je ya.. tetapi berjemaah setiap 5 waktu.. in shaa Allah nanti bila dah biasa - biasa , lama - lama jadi terbiasalah kaki ni nak ke masjid atau ke surau sahaja biarpun bukan di bulan Ramadhan.. Ni bila dibulan Ramadhan , rajin je kaki ke masjid , bila bulan yang lain selipar pun tak nampak kat masjid hatta hari jumaat sekalipun . ''errr.. hade tadi saya letak selipar pergi jamban saya kat tangga masjid tu.. ni dah tak da lah pulak.. hadek ada nampak tak..?'' tergolek .
Lagi yang perlu di jaga oleh sepasang kaki yang kiyut ni ialah dari selain mengelakkan dari melangkah ke tempat maksiat dan lagha tu , ialah jika dalam bulan yang lain , kaki ni suka sangat membuat aksi - aksi 'sepakan terbang' flyingkick / plenkit , menerajang , dan menekong ( setail tekong takraw ) haiwan - haiwan tu , so dalam bulan puasa ni jangan lah di tekong atau di killer ( libas ) mereka umpama kejohanan sepaktakraw sedunia ya.. mereka pun hamba Allah juga.. mereka makhluk Allah juga.. mereka pun tahu sakit juga.. mereka pun tahu marah juga.. BAYANGKAN..!!!
jika haiwan yang kita ''plenkit'' tu ialah hamba Allah yang soleh macamana ???
ingat.!!!
doa orang teraniaya ni makbul tau.. sekali kita tekong dia , tau - tau dia berdoa "ya Allah.. hape lah dosa hambamu ini sampai di tekong oleh si manusia ini , sampai hamba terpelanting ke dinding pagar rumah dia ni.. Kau balaslah perbuatan manusia ini ya Allah ." zassstttt!!!! ( bunyi efek ala - ala kilat hacentuh ) doa haiwan tadi Allah makbulkan acanne ? bangun pagi tengok - tengok kaki kita dah tinggal sebelah . ( nanges ) . Y__Y
Tak mustahil tau.. sebab ada satu kisah di mana ketika zaman Rasulullah saw dahulu , sewaktu Baginda Saw dan para sahabat dalam perjalanan untuk membuat solat minta agar di turunkan hujan , di pertengahan jalan , Tiba - tiba Rasulullah saw mengajak para sahabat berhenti dan berpatah semula serta membatalkan niat untuk mendirikan solat minta hujan tu , para sahabat ada yang tercengang kehairanan dan bertanya kepada Baginda kenapa di batalkan pula tujuan untuk mendirikan solat minta hujan tadi , lalu Baginda SAW menjawab , bunyinya lebih kurang cenni la.. " di ketika perjalanan tadi , aku melihat seekor 'semut' sedang menadahkan kedua tangannya berdoa agar Allah menurunkan hujan , dan aku yakin doa 'semut' tadi di perkenankan oleh Allah swt ."
dan selepas itu , belum sempat Baginda dan para sahabat berpatah balik ke tempat mereka , hujan pun turun dengan selebat - lebatnya .
Lihat.. tu baru semut tu.. kalau kucing yang menggesel kaki kita semata - mata sebab dia nak bermanja atau nak minta makanan masa kita dok khusyuk berpuasa tu acanne lah agaknya kan ? Kesian kot kat meow yang kiyut tu , dia lapar wehh.. sebab tu dia minta makan , kita ni sebab nak tahan lapar dok bagi penendang penalti kat dia.. adessss... Y__Y Cuba kalau kita pulak yang jadi acentu canne ? Marah ? Sakit ? sedap lagi naikmat??? ( Jatuh kerusi .)
Bangun , sapu habuk kat punggung , betulkan kerusi , betulkan spek , betulkan tudung , duduk semula dan sambung lagi entry.. hihi..
Haa.. centu lah kan.. so jaga lah kaki.. antaranya yang lain termasuk organ dalaman pun kena jaga juga , iaitu hati.. jaga hati baik - baik di bulan puasa ni dan di bulan - bulan yang lainnya . Didiklah hati , jangan bagi hati tu sakit atau hati itu mati sebelum ajalnya . Sebab hati tu tempat jatuhnya pandangan Allah .
Sabda Rasulullah saw :
"Iman seseorang hamba Allah tidak akan lurus sebelum hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus ."
Riwayat Ahmad bin Hanbal .
Jauhkan hati dari sifat - sifat yang boleh menyebabkan hati itu keras dan mati , seperti berhasad dengki , khianat , iri hati , riak , sombong pada bukan tempatnya , benci membenci , malas, tamak dan semacamnya penyakit hati . Di bulan Ramadhan yang penuh Barakah ini , buang semua sifat - sifat negatif tu . Binalah dan didiklah hati supaya ada sifat - sifat yang positif . Juga jaga lah permikiran kita dari berburuk sangka kepada sesama manusia apatah lagi kepada Allah swt . Jangan kita menjadi kufur nikmat .
Jika di bulan - bulan yang lain , kita susah nak ubahnya , nahhh...!! ini lah masanya..
Ubah..di dalam bulan yang penuh Barakah ni.. jika selama ni kita kurang beribadah , nahhhh..!! ini lah masa nya untuk kita pertingkatkan amal soleh dan solehah . jika selama ni kita lalai dan alpa dengan rutin kehidupan yang tak sudah - sudah , nahhhh..hamekaw.. ni lah bulannya yang seswai untuk kita mendidik jiwa kita sebagai seorang hamba.. ohsem kan Allah.. Tu tanda Allah sayangkan kita lah tu.. tapi adakah kita benar - benar sayangkan Allah ? tanya iman diri sendiri .
Peringatan penting ni buat diri saya juga sebagai seorang muslimah , jika selama ini 'Aurat' kita terdedah , nahhh... ini lah masanya kita tarbiyah diri kita agar belajar menjaga 'Aurat' dengan sempurna.. tapi jangan sewaktu bulan Ramadhan je semua nampak macho tertutup sempurna , muka pucat lesi je , pakai baju lengan panjang siap ber 'handsock' lagi dan berstokin kaki , TAPI bila menjelma 1 syawal je , semua balik berwajah seumpama opera cina , terbogel sana , terbogel sini..terdedah sana , terdedah sini..terbelah sana , terbelah sini.. aduiii..( terhantuk kat lappy ). kalau di bulan Ramadhan nampak ayu lagi kachak je berbaju kurung , berjubah , bertudung litup , janganlah sampai pagi raya je dah terbogel semula.. ( tersembor ) . Jangan lah hacentu ye kak / ukhty / hadek / makcik / nenek semua yang kiyut - kiyut belaka . Aurat bukan kena jaga semasa di dalam bulan Ramadhan je tau.. tapi kena jaga sentiasa . WAJIB..!! sebab aurat tu lah maruah kita... takkan maruah kita cuma masa puasa je terpelihara pastuh dah habis puasa maruah kita dicampak merata - rata . Takkan lah kot ehh . So jaga lah maruah kita dengan sehabis - habisnya penjagaan yang sempurna . Sebab kat luar sana bukan setakat buaya , naga , cicak terbang , ular lidi dan cengkerik semua menunggu je mangsa . Siapa ? kita lah yang selalu jadi mangsa , sebab kita ni kaum hawa .
errr... pernah ke dengar lelaki jadi mangsa 'rogol' sebab dedah aurat kat surat khabar atau kat tv ke haa ? kalau ya pon dorang dedah aurat , tak lah 'sesolid' aurat kita kan . hihi.. termuntah akak tu baca . dah - dah.. jangan nak imejin lebih - lebih . ( muncongkan mulut ) .
krikk..krikk..krikk..
Bulan Ramadhan ni juga lah peluang ke emasan buat kita untuk membuat segala macam amal kebaikkan dan ibadah yang selama ni kita tinggalkan dan biar kan hacentuh je . SO rebutlah peluang ke emasan ini dengan sebaik - baiknya .
Jadi..tunggu apa lagi..jom pasangkan niat untuk sempurnakan Ramadhan kali ini dengan terbaik.. siapa tahu mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir kan.. ( bergenang airmata ) .
Okeh sapu airmata dan siapkan 'ending entry' , jadi jomlah kita sama - sama menanti ketibaan Ramadhan yang mulia lagi di rindui ni dengan mula membuat persiapan dir dari hari ni. kalau tak hari ni , bila lagi kan . Pertingkatkan amal ibadah kita di sepertiga malam , mula membaca Al Quran yang dah berhabuk dalam lemari atau rak buku tu , mula menjahit telekung - telekung yang koyak sebab dah lama terbiar di gigit tikus tu , mula praktik - praktik jaga lidah , jaga pertuturan , jaga pandangan , jaga Aurat dan jaga Maruah . Jom kita jadi muslimah yang bergaya ketika di akhirat kelak , err.. untuk muslimin jugak.. jom lah.. hihi.. ada abang - abang dan pakcik - pakcik yang terasa pulak kalau tak hajak dorang sama.. gugugu.. jadi jom lah semua kita berjalan berjemaah bersama - sama menuju ke syurga.. sebab tiada tempat rehat sebenarnya buat kita di dunia ni melainkan di akhirat sana tersedianya syurga untuk kita rehat sepuas - puasnya . Jadi ketika kita masih bernyawa ni lah peluangnya untuk kita berusaha dan bekerja kuat melakukan amal ibadat dan kebaikkan supaya kita beroleh percutian yang maha hebat lagi indah di syurga sana nanti . Percaya lah , syurga itu maha indah.. sebab tu harga tiket untuk kesana teramatlah mahal.. hanya hamba yang benar - benar taat dan mematuhi serta beramal soleh / solehah je yang dapat tiket tu.. jika syurga kita nak tapi beribadat macam nak tak nak , memang neraka lah tempat yang seswai.. neraka di akhirat juga , tapi bukan tempat bercuti dan berehat tau.. melainkan ianya adalah tempat untuk kita menerima hukuman dan tempat kita menanggung kesemua kesalahan yang kita lakukan sebagai hamba ketika di atas dunia ini . So , nak pilih syurga atau neraka ? tampar pipi , tanya lah iman sendiri . Pilihan di atas iman anda . Bukan macam pilih ikan kat pasar atau pilih tudung di jalan masjid india . huhu...
Akhir kata , tangan hamba pun dah kejang ( jari sebenarnya , hihi..gelak dalam tudung ) , banyak - banyak lah kita berdoa semoga dengan ketibaan Ramadhan kali ini akan mengubah diri kita supaya menjadi hamba yang lebih bertaqwa....
Ampun maaf jika ada terkasar bahasa , ter 'skema' ayat , ter terr.. hihi.. terutama kepada para ilmuan , maaf ya.. saya sekadar meluahkan apa yang terimejin kat minda saya..
jika ada kesalahan harap di tegur dengan cara berhemah dan bukannya diumpat , dikata atau dipulaukan . sebab saya cuma sekadar seorang hamba je... yang baik tu datang dari Allah , yang berbau hangit tu adalah.. Alamak!!!! Meggi kari saya atas dapur hangit sudah.. huhu.. okeh lah.. sehingga bertemu di lain kali andai ada umur lagi.. jaga iman semua.. jaga diri baik - baik..
Fi hifzillah..
Maas salamah..
Sekian..
Terima kasih semua kerana sudi membaca karya yang tidak seberapa nak marhain sangat ni.
senyum selalu ya..
orang kiyut mesti senyum selalu..
sebab Allah kan ada..
kbye semua...
SELAMAT BERPUASA.
PUASA TAU , JANGAN TAK PUASA YEP.
NIAT PUASA INGAT LAGI TAK ? KE DAH LUPA ?































